Saturday, February 22, 2014
HANYA KAU KUCINTA BAB 1
" Syua! "
Suara yang menjerit di telinga mengejutkan Syua dari tidurnya. Ah! Malasnya dia mahu bangun. Matanya masih mengantuk kerana tidur lambat. Masanya dihabiskan dengan mengikuti perkembangan blog rakan-rakannya di alam maya. Memang setiap minggu dia akan meluangkan masa bersama blognya. Melalui blog dia boleh berkongsi cerita dengan rakan di alam maya. Syok sangat dia menghadap sampai tidak sedar jam sudah menginjak pukul 3 pagi. Syua duduk bersila di atas katil. Terkebil-kebil dia memandang sahabat baiknya di hadapan.
" Syua! Bangunlah! Dah lewat kau nak pergi kerja tahu tak." Qistina bercekak pinggang menanti si sleeping beauty bangkit dari tidur. Minah ni memang susah betul nak bangun pagi. Tidur lambat ke cepat ke sama aje...desis Qistina dalam hati.
" Apa kau ni, babe. Kejut aku macam ada gempa bumi. Kalau ye pun perlahankan sikit volume kau tu. Sakit telinga aku ni." Syua menarik telinganya.
'Dah lah tengah mimpi best tadi. Potong stim betullah.' Syua menggaru kepalanya. Mata yang mengantuk masih dipejam.
" Kau tu bukannya boleh kejut perlahan-lahan. Comfirm tak bangun. Nasib baik aku tak simbah air kat muka kau pakai baldi besar tu. Cuba kau tengok jam pukul berapa sekarang? Aku dah nak pergi kerja. Tapi kau tak bangun-bangun lagi." Qistina mengambil jam di tepi katil lalu diletak di hadapan muka Syua.
" Nah, cuba kau buka mata tu. Tengok sekarang dah pukul berapa."
Syua membuka matanya perlahan-lahan. Pedih rasanya.
" Erm...lima minit sebelum pukul lapan." Dia menutup kembali matanya.
" Woi, kau kerja pukul berapa?" Qistina menjerit lagi. Minah ni memang nak kena. Kata hari ini ada meeting. Dia menggaru kepalanya.
" Aku masuk pukul lapan setengah."
" Ye la. Tapi kau cakap nak pergi awal kan. Ada meeting dengan bos kau pagi ni."
Syua yang baru tersedar terus bangun dan menuju ke bilik air.
" Ha'ah la. Matilah aku. Comfirm masuk lambat nanti." Dengan sepantas kilat dia bergerak.
" Kenapa kau tak kejut aku awal-awal!" Syua menjerit di dalam tandas.
" Aku dah kejut kau awal-awal tau. Kau tu yang tak nak bangun. Jangan salahkan aku pulak." Qistina mencebik. Ada juga yang nak kena ketuk kat kepala.
" Yelah...yelah...terima kasih."
" Kasih diterima. Aku pergi kerja dulu."
" Ok. Eh, babe.Kau tolong panaskan kereta aku sebelum pergi. Terima kasih." Pintu tandas diketuk tanda terima kasih.
" Okay."
Qistina tersenyum memandang gelagat Syua. Ini mesti menghadap blog sampai lewat malam..desis hatinya. Dia menggelengkan kepala. Syua sangat suka mengikuti perkembangan blog rakan mayanya. Sibuk tang mana pun dai tetap meluangkan sedikit masa. Dia sudah masak dengan perangai Syua. Sudah lama mereka berkawan
Syua Tahsina Dayyinah. Seorang gadis yang baik hati. Malahan dia juga merupakan seorang gadis yang cantik. Tempoh lima tahun itu sudah cukup untuk mereka mengenal diri masing-masing. Dari universiti sehinggalah melangkah ke alam pekerjaan, mereka berdua masih bersama. Walaupun bekerja di bawah syarikat yang berlainan, mereka tetap menyewa rumah bersama. Dirinya sudah menganggap Syua sebagai keluarga. Begitu juga dengan Syua. Segala suka dan duka dikongsi. Lagipun Syua merupakan anak yatim piatu. Hanya kepadanyalah tempat Syua bergantung. Qistina berlalu dari ruangan bilik Syua dan bersiap-siap untuk ke kerja.
Syua sampai di pejabat agak lewat. Jam ditangan dipandang. Pukul 9!
Dia hanya tersenyum apabila terserempak dengan pekerjanya. Tudung di kepala sengaja di betulkan untuk menghilangkan rasa malu. Belum pernah dia datang lambat ke pejabat. Inilah yang pertama dan dia harap ini juga yang terakhir. Langkahnya dipercepat. Harap-harap sempatlah dia sampai sebelum klien syarikatnya sampai. Dahla kena berurusan dengan bos besar dulu. Nasib baik Tan Sri Hamdan tu baik. Sebelum ke pejabatnya, dia berjumpa dengan setiausaha TanSri Hamdan, Wajah kak Nani yang gelisah itu jelas menunjukkan bahawa Tan Sri sudah ada di pejabat.
“ Kak Nani, Tan Sri dah sampai ke?” Ditanya juga walhal sudah tahu.
“ Astaghfirullah. Syua! Terkejut akak.” Kak Nani menurut dadanya. Syua ketawa melihat wajah cemberut kak Nani. Kelakar.
“Lain kali bagi salam dulu. Nasib baik kak Nani tak ada penyakit jantung.”
“Sorry kak Nani. Syua lupa nak bagi salam. Assalamualaikum.” Senyuman terukir di bibir.
“Waalaikummussalam. Syua kenapa lambat? Akak call banyak kali tak diangkat. Risau akak. Tan Sri pagi-pagi lagi tanya Syua dah datang ke belum.” Syaznani bercekak pinggang memandang wajah Syua yang berkerut. Tahu takut.
“ Ye ke, kak. Alamak. Syua terlambat bangunlah kak. Phone pulak tak sempat nak ambil tadi. Kelam kabut sangat. Terlupa.” Syua menggarukan kepala yang ditutupi selendang.
“ Tak apalah, kak. Syua masuk dalam dulu. Bye akak.” Syua terus menuju ke pejabat Tan Sri Hamdan. Tidak jadi ke biliknya. Pintu pejabat Tan Sri diketuk.
“Masuk,” Suara Tan Sri Hamdan kedengaran dari dalam.
Syua membuka pintu perlahan-lahan dan menjengulkan muka ke dalam bilik. Kelihatan dua lelaki berdiri menghadap pemandangan kaca mengalihkan pandangan ke arahnya. Dia terpaku dihadapan pintu apabila sepasang mata setia memandang. Kalau Tan Sri dia tidak kisah, tetapi yang sebelah Tan Sri tu..siapa dia? Klien syarikat kot. Dahlah pandang dia macam nak telan. Tapi kalau tengok betul-betul macam err..menggoda pun ada. Air liurnya ditelan.
" Syua. Come." Tan Sri Hamdan memanggilnya lembut. Syua menghembus nafas lega. Nasib baik Tan Sri tidak melenting dia datang lambat. Kalau tidak mana dia hendak letak muka.
" Sini, saya nak kenalkan. Ini IzDanish. Anak saudara saya, merangkap CEO syarikat Height Holdings Sdn Bhd. Kita akan bekerjasama dengan syarikatnya untuk projek baru." Syua tersenyum. Anak saudara Tan Sri rupanya. Patutlah kacak. Tengok Tan Sri yang dah tua pun masih segak. Apatah lagi lelaki dihadapannya ini. Macam model! Memang diorang ni keturunan kacak-kacak kot. Syua menundukkan kepalanya tanda hormat. Takkan nak bersalam. Haram!
" Id, kenalkan. Ini Syua. Arkitek yang pak su cakapkan tadi."
IzDanish memandang wajah manis Syua. Cantik!
" Hai, selamat berkenalan." Dia juga menundukkan kepalanya.
Mata masih setia memandang wajah Syua. Cukup cantik walau tidak dicalit alat mekap yang mahal. Walaupun gadis itu menutup aurat dengan sempurna, personaliti gadis itu tetap menyerlah. Dengan sepasang mata yang bulat. Hidung yang terletak cantik dan bibirnya yang kemerahan itu mampu menggoyahkan iman lelaki. Dia segera mengalihkan pandangan mata. Bahaya!
" Syua, saya tinggalkan kamu berdua berbincang di sini. Fail-fail semua saya dah sediakan. Saya ada meeting kat luar. Kalau ada apa-apa panggil Nani. And Id…” Tan Sri Hamdang memandang IzDanish.
“ Behave.” Dia memberi amaran. Bukan dia tidak perasan anak saudaranya ralit memandang wajah Syua tadi.
IzDanish ketawa mendengar amaran bapa saudaranya. “ Don’t worry, uncle.”
“ Oklah, saya pergi dulu. See you later.” Syua menghantar Tan Sri Hamdan dengan pandangan mata.
IzDanish memandang Syua dihadapan selepas bapa saudaranya keluar.
“ So, miss…apa nama awak tadi?” Syua mengalihkan pandangannya kearah IzDanish apabila lelaki itu bertanya.
“ Syua. Syua Tahsina Dayyinah.”
“ Syua Tahsina Dayyinah. Nice name. macam tuannya juga. Cantik!” IzDanish mengenyitkan matanya. Wajah Syua dipandang. Manis sungguh.
“ Thank you. Please have a sit, Mr…” Syua menjungkitkan keningnya. Dia cuba berlagak selamba walaupun hatinya sudah berdegup kuat. Bahaya sungguh panahan mata lelaki ini!
“ Syed Arrayan IzDanish. You can call me IzDanish. Tapi kalau nak lagi mesra boleh panggil Id.” IzDanish tersenyum manis.
Syua memandang fail-fail di atas meja. Tak payah nak mesra sangat…ulat bulu dah naik daun..bisik hatinya. Syua menggelengkan kepalanya. Layan je..kang ada yang tak dapat projek beribu-ribu ni. Rugi!
“ Kenapa?” IzDanish hairan apabila gadis itu tiba-tiba menggelengkan kepalanya.
“ Nothing. So Encik IzDanish, can we proceed with our discussion?” Syua membuka fail dihadapan. Pandangan tajam IzDanish tidak dihiraukan. Seram!
“Cik Syua. Tak apa kan saya panggil awak Syua?”
Syua menggeleng kepala tanda tidak kisah.
“ Saya rasa kalau awak panggil saya Id lagi sesuai.” IzDanish masih lagi memandang wajah Syua. Sungguh hatinya berkenan. Senyuman terukir di bibir.
“ Errr...encik, kita ni kat pejabat. Saya rasa kita guna panggilan yang mana sesuai la.” Syua memandang IzDanish. Satu saat…dua saat…tiga saat…pandangan dilarikan. Sungguh dia takut memandang mata lelaki itu. Jantungnya mula mengeluarkan macam-macam irama.
“ Boleh kita mula?” Syua bertanya buat kali kedua. Fail ditangan dibaca. Buat-buat baca sebenarnya. Namun bukan jawapan yang diinginkan diberi. Malahan soalan tanpa henti diterima.
“ Ada tak orang cakap muka awak ni cantik ? Macam muka artis pun ada.”
“ Saya suka tengok muka awak. Manis. Awak dah ada boyfriend?”
“ Anyway, saya nak kenal awak lebih dari klien syarikat. Boleh kan?”
“ Erm..can I have your number?” IzDanish terus-terusan bertanya tanpa henti. Suka hatinya melihat wajah cemberut Syua. Comel!
Syua menepuk dahinya. Hailah..apesal dengan mamat ni. Tadi bukan main macho depan Tan Sri. Sekarang? Zero! Bilalah perbincangan mereka hendak bermula. Sudahlah soalan ditanya seperti peluru berpandu.
“Encik…” Syua memanggil perlahan. Mohon agar lelaki ini memberi kerjasama. Kalau tidak sampai ke malam perbincangan mereka tidak habis.
IzDanish tersentak. Suara perlahan itu kedengaran manja ditelinga. Seakan menggodanya. Sah! Dia sudah angau.
“ Awak goda saya ke?” IzDanish mengerutkan dahi. Sengaja dia mengusik gadis itu.
“ Ya Allah! Bila pulak saya goda encik?” Syua menjerit. Sudah hilang rasa hormatnya terhadap IzDanish. Sungguh dia rasa sangat geram dengan lelaki ini. Rasa mahu dihempuk-hempuk dengan batang penyapu.
IzDanish ketawa perlahan.
"Arghh...stress!" Syua mengeluh. Failnya dihempas di atas meja. Menghadap lelaki bernama IzDanish sungguh menyakitkan hati. Dia memicit kepala. Entah sampai bila projek dua syarikat ni tamat jika tidak mendapat kerjasama daripada IzDanish. Mula pun belum dah terfikir bila tamatnya. Nampaknya terpaksalah dia menahan hati. Kalau boleh dia nak sangat tarik diri dari projek ini. Biar orang lain yang handle. Namun ternyata lelaki itu bijak membaca fikirannya. Belum lagi terluah, lelaki itu sudah memberi amaran. Perbualan di pejabat Tan Sri tadi masih terngiang-ngiang di telinga.
"Hope to see you again, Miss Syua." IzDanish tersenyum manis. Dia berdiri lalu meletak tangan di dalam poket seluar. Bajet handsome la tu!
"Hah?!" Syua membulatkan matanya. "Tapi encik, kita belum mula pun lagi." Syua turut berdiri. Matanya lunak memandang wajah kacak di hadapan.
"Kita bincang lain kali."
"Tapi encik..."
Syua cuba mencari alasan. Dia mahu selesaikan semuanya hari ini. Berjumpa dengan lelaki ini kemudian hari mungkin membawa bala kepadanya. Tengok saja cara IzDanish memandang membuat dia gementar. Sia-sia sahaja dia datang ke pejabat dengan cepat kalau begini hendaknya. Tukar orang je lah. Malas dia nak handle orang macam ni..Syua menarik nafas…
"It's okay. My uncle takkan marah. Lagipun dia tahu I busy." IzDanish ketawa perlahan. Dia busy tang mana pun tak tahu. Sengaja dia memberi alasan. Dia ingin berjumpa dengan gadis ini lagi. Yang pasti di luar. Bukan di pejabat.
Syua hanya memandang.
"I harap you tetap handle projek ni. Kalau you tak ada maknanya projek ni tak berjalan. You fahamkan maksud I ? Kalau you tak nak handle projek ni I tarik diri." Senyuman manis terukir di bibir. Dia tahu apa yang Syua fikirkan apabila melihat gadis itu diam. Dia ketawa di dalam hati.
Syua tergamam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coin Casino | Free Spins | No Deposit Bonus Codes
ReplyDeleteA free spin is when you deposit 100 coins and get 인카지노 a no deposit bonus of $5 or more to play casino games. febcasino The reward is a progressive septcasino amount, up to