BAB 1
Kalah lagi! Lia mengeluh.Sudah tiga
kali dia berlawan dengan abangnya bermain badminton. Tetapi semuanya kalah.Adli
ketawa senang.
“Nampaknya adik kena belanja abang dengan
Nini hari ni.” Adli ketawa. Suka melihat wajah cemberut adik manjanya itu. Dia menjongket
kening kepada tunangnya, Izyani. Juga sahabat adiknya.
“ Jom Lia. Dah lama kau tak belanja aku.”
Izyani tersengih memandang Lia
“Ala…” Lia menghentakkan kakinya tanda
protes. Dia memuncungkan mulut. Ini yang dia malas kalau berlawan dengan abangnya. Mesti
ada yang diinginkan kalau menang. Abis la duit poketnya bulan ini.
“Jom. Jangan mengada-ngada cakap tak nak.
Tadi dah janji.” Adli melangkah ke arah Izyani
dan mengemas semua barang peralatan yang di bawanya.
“Yelah..yelah. Lepas ni Lia dah
malas nak main dengan abang. Asyik kalah je.”Adli ketawa mendengar omelan adiknya.
Izyani turut ketawa.
Lia mengesat peluh di dahi. Sementara menunggu abangnya mengemas, dia memandang manusia yang meluangkan hujung minggu mereka di taman. Sungguh ramai!
Tiba-tiba matanya terpaku kepada si jejaka kacak yang sedang berjoging..
Lia membulatkan matanya...wow! Macho habis. Dengan badan berketul-ketul. Kain mengelap peluh pula tersangkut di leher. Rambut terpajak. Memang handsome! Pakaian sukan yang dipakainya pula memang high class lah. Sah! Anak orang kaya. Tapi mengapa si dia menghala ke sini..takkan dia perasan aku tengok dia. Lia kaku ditempatnya. Lelaki itu sudah terpacak di hadapan.
Lia mengesat peluh di dahi. Sementara menunggu abangnya mengemas, dia memandang manusia yang meluangkan hujung minggu mereka di taman. Sungguh ramai!
Tiba-tiba matanya terpaku kepada si jejaka kacak yang sedang berjoging..
Lia membulatkan matanya...wow! Macho habis. Dengan badan berketul-ketul. Kain mengelap peluh pula tersangkut di leher. Rambut terpajak. Memang handsome! Pakaian sukan yang dipakainya pula memang high class lah. Sah! Anak orang kaya. Tapi mengapa si dia menghala ke sini..takkan dia perasan aku tengok dia. Lia kaku ditempatnya. Lelaki itu sudah terpacak di hadapan.
“ Helo, bro.” Faaeq menepuk bahu Adli.
“ Weh, Eq.” Adli memeluk mesra bahu Faaeq.
“Lama
tak jumpa kau. Bila balik sini?” Adli memandang sahabatnya. Sudah lama tidak bertemu.
Lia
pula terkebil-kebil memandang. Kawan abang rupanya. Ceh! Ingat nak approach aku tadi. Lia mencebik. Tapi suara dia memang macho lah. Terbuai kejap.
“Baru seminggu. Nasib baik tak salah
orang. Dari tadi aku nak tegur kau. Tapi nampak syok sangat kau main.”
“ Saja luang masa cuti-cuti ni.
Sibuk memanjang. Kau macam mana? Dah start kerja ke?”
“ Belum. Tengah rehat. Daddy aku pun
dah tak sabar nak aku masuk office cepat-cepat. Aku ni yang malas lagi nak masuk.”
Faaeq ketawa perlahan. Sopan sungguh. Mereka terus berbual tanpa menghiraukan
Lia dan Izyani yang memerhati.
Lia
memandang Nini. Isyarat mata diberi. ‘Bila
kita nak bergerak ni?' Izyani menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Lia berdeham
kuat. Abangnya seorang ni kalau dah jumpa partner berbual memang tak ingat dunia.
Adli yang tersedar memandang adiknya. Segera dia memohon maaf.
“Sorry, dik. Sorry sayang. Lupa pulak.”
Dia tersengih-sengih memandang kedua-dua gadis itu. Faaeq hanya memandang.
“Abang tu memang. Kalau dah jumpa teman
berbual. Memang dah tak ingat kitorang ni. Jomlah Nini. Kita gerak dulu. Tak nak
belanja baru tahu.” Lia mula melangkah namun lengannya ditarik.
“Yelah. Jom. Tapi sebelum tu. Ni
abang kenalkan kat korang berdua, kawan baik abang kat universiti dulu. Faaeq Dzulkarnain
Hamidi. Dia baru balik dari oversea. Sambung belajar. Tu yang abang ralit sangat
berbual. Lama tak jumpa. Eq, ni aku kenalkan adik aku Lia dan ni tunang aku,
Izyani.”
Lia
tersenyum manis. Berkenalan dengan lelaki handsome kot. Namun seketika senyumannya mati apabila
Faaeq hanya memandangnya sekilas. Dia mengalih pandangan ke arah Nini. Senyuman
pun tidak diberikan. Tapi kalau dengan Izyani tu bukan main lagi melebar senyumnya.
Berlagak! Lia mencebik.
“Kau
dah bertunang? Tak cakap dengan aku pun. So, bila korang nak kahwin?” Faaeq memandang
wajah Izyani.
“ Insyaallah, dua bulan lagi. Jemput
ye.”Izyani menjawab bagi pihak Adli.
Faaeq
menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum manis.
Berbulu mata Lia memandang senyuman itu.
“
Jomlah abang, bila nak pergi ni.” Lia menggesa abangnya supaya dapat beredar dari
situ. Entah kenapa hatinya tiba-tiba panas.
“Ok.
Jom. Eq, come. Join us. Kitorang nak pergi makan.” Adli mengajak Faaeq sekali. Bolehlah
dia berbual lebih lama.
Lia
yang mendengar membulatkan matanya. ‘Ish, abang ni. Orang tak nak la lelaki ni ada
sekali la. Annoying!’ desis hatinya. Dia melangkah dahulu meninggalkan semua di
situ. Lia menungggu abangnya di tempat letak kereta. Mulutnya terkumat-kamit mengata
lelaki itu.
“Tengah
baca jampi ke apa?” Lia tersentak. Kelihatan Faaeq berdiri tegak di hadapannya tersenyum
sinis. Apesal lelaki ini pulak yang datang. Mana abang dengan Nini. Lia memandang
sekeliling mencari abangnya.
“
You cari Adli ke? Dia balik dengan Izyani.” Faaeq menyandarkan badannya di
pintu kereta hadapan. Matanya masih memandang Lia.
“Hah?!
Abis tu saya nak balik dengan siapa? Kereta ni macam mana?” Lia menjerit. Dahlah
dia sudah panas dengan hal tadi. Tiba-tiba rasa semakin panas. Dia mengerutkan
keningnya. Memang Nini datang berasingan tadi. Tapi takkan abangnya nak tinggal
dia kat sini. Pandu kereta pun dia tidak pandai.
“You
ni memang cepat marahkan? Dari tadi I tengok you asyik marah je.” Faaeq bersuara
perlahan. Dia hanya memandang gelagat Lia. Bibirnya masih terukir senyuman sinis.
Lia
menjeling. Sibuk je! Ikut suka akulah. Pergi balik sanalah. Orang tak suruh
datang sini pun. Lia mendengus. Otak masih memikir cara untuk pulang..takkan nak
jalan kaki. Jauh kot! Abang ni memang nak kena betullah.
Faaeq
ketawa. Dia tahu Lia mengata dia di dalam hati.
Lia
mencebik. Ketawa pulak dia.
“ Jom, I hantar you. Adli bagi kunci
kereta dia kat I. Dia pesan tak jadi nak pergi makan. He say sorry. Dia nak pergi
date dengan Izyani.” Faaeq menekan kunci
kereta. Pintu hadapan sebelah penumpang di buka. Mempersilakan Lia masuk.
“Ish, abang ni. Benci la. Tadi dia beria-ria
sangat.” Lia mengomel perlahan. Dia masih tidak berganjak dari tempatnya.
Faeeq
yang menunggu mengetuk cermin kereta.“ You tak nak masuk ke?”
Lia buat endah tak endah.
Lia buat endah tak endah.
“
Adli cakap you tak pandai bawa kereta. I hantar you balik. Kalau you nak balik jalan
kaki tempat ni bahaya. Ramai penjahat. Dia orang memang suka dengan perempuan macam
you ni.” Faaeq menakutkan Lia.
Lia masuk ke dalam kereta dengan perasaan
marah. Siap abang! Kat rumah nanti Lia kerjakan abang habis-habisan.
Faaeq
tersenyum nipis. Dia tahu Lia akan percaya dengan kata-katanya. Apa yang
dikatakan ada benarnya. Kawasan ini memang sedikit bahaya. Kalau perempuan seperti
Lia merayau pasti ada yang menerkam. Mana taknya. Wajah yang cantik putih kemerahan.
Badan tinggi lampai macam model. Siapa pun akan tergoda. Hatinya je yang kuat semangat.
Faeeq senyum di dalam hati. Kereta bergerak perlahan meninggal taman rekreasi
itu.
“ Pakai seat belt tu.” Tegur Faaeq
apabila melihat Lia tidak mengenakan seat belt.
“ Ikut suka saya la nak pakai tak.”
Lia menjawab perlahan. Dia memandang ke luar.
Tiba-tiba kereta berhenti di tepi jalan. Lia memandang wajah Faaeq.
Tiba-tiba kereta berhenti di tepi jalan. Lia memandang wajah Faaeq.
“ Kenapa?”
" You rasa kenapa?"
" Entah. You yang berhenti kereta. Tanya saya kenapa."
" You rasa kenapa?"
" Entah. You yang berhenti kereta. Tanya saya kenapa."
“ I nak tolong you pakai seat belt
ni. I tak nak bersoal jawab dengan polis
kalau kena tahan nanti.” Lia tidak sempat menahan apabila wajah Faaeq sudah
rapat dengan mukanya. Terasa hembusan lembut nafas Faaeq menyentuh pipi. Air liur
di telan. Badannya kejung. Jantung pula sudah menari sakan. Parah!
Apabila
Faaeq kembali ke posisinya, Lia menghembus nafas perlahan. Dia hanya diam
sepanjang perjalanan. Debaran tadi masih terasa. Sampai di hadapan rumahnya, dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Pandangan tajam Faaeq tidak
dihiraukan. Namun seketika, baru dia perasan yang dia tidak memberitahu Faaeq dimana
rumahnya. Macam mana dia...erm, abang bagitahu kot..habis tu kereta abang? macam mana? ...desis hatinya.
No comments:
Post a Comment