HKKC BAB 2




            IzDanish duduk termenung di halaman rumah. Pertemuannya dengan Syua beberapa hari yang lalu sungguh membawa kelainan di dalam diri. Setiap malam pasti dia akan teringat akan wajah manis itu. Belum pernah dia bersikap sebegitu jika berhadapan dengan mana-mana gadis. Kejadian lalu cukup mengajar dirinya agar berhati-hati dengan sikap perempuan yang pelbagai ragam. Namun apabila berhadapan dengan Syua, ingatan itu seakan-akan hilang di pelupuk mindanya. Aneh! Dia menggelengkan kepalanya. Senyuman terukir di bibir.

            “ Apa yang kamu gelengkan tu, Id?” tegur Tan Sri Syed Rifki.

           “ Eh, pa. tak ada apalah.” IzDanish hanya tersenyum. Dia bersalam dengan papanya diikuti mamanya di belakang.

            “ Mesti ada apa-apa kalau dah senyum sorang-sorang dari tadi.” sampuk Puan Sri Indah, mama IzDanish. Mereka mengambil tempat di hadapan IzDanish. Pondok mini ini memang selalu menjadi tempat lepak anak bujang mereka. Selepas kejadian tiga tahun lalu, anak mereka banyak menghabiskan masa di rumah dan melepak di pondok mini ini.

Puan Sri Indah memandang anaknya.

“Id masih ingat kejadian lalu?” tanya Puan Sri Indah berhati-hati. Risau.

“ Takde lah ma. Cuma kadang-kadang je Id mimpi pasal kejadian tu.” IzDanish memandang wajah papa dan mamanya sambil tersenyum.

" Lagipun Id memang cuba lupakan semua tu."

“ Banyakkan solat dan doa Id. Insyaallah, Allah s.w.t membantu kita..”

“ Baik pa...” IzDanish menyahut perlahan.

“ So, tak nak kenalkan kat mama siapa gadis yang buat anak mama happy?” soal Puan Sri Indah sambil mengusik.

IzDanish ketawa.

“ Kalau ada peluang nanti Id kenalkan dia dekat papa dengan mama. Dia ni payah sikit. Susah nak tergoda. Kalau perempuan lain pandang Id cepat je tergoda. Tapi dia ni tak ada perasaan.” IzDanish mencebik.

“ Perasan betullah kamu ni. Macam ni lah, apa kata kalau kamu bawa dia masa hari anniversary papa and mama hujung bulan nanti? ” 

" Betul tu Id. Papa dan mama ingat nak buat majlis kesyukuran." 

“ Insyaallah, nanti Id bawa dia. Macam tu Id kena ayat dia lebih lagi lah ni.” IzDanish garu kepala yang tak gatal.

“ Mama nak sangat jumpa dia Id. Beruntung dia dapat anak mama ni.” Puan Sri Indah mengusap bahu IzDanish.

“ Amboi mamanya. Dah nak menantu sangat ke?” Puan Sri Indah menjeling manja wajah suaminya. Mereka semua ketawa bahagia.




Dari jauh IzDanish memandang kelibat Syua yang berjalan kearahnya. Sungguh ayu. Hari ini dia telah mengajak Syua untuk berbincang mengenai projek mereka di luar pejabat. Gadis itu keberatan pada mulanya, namun selepas diusahakan akhirnya Syua setuju. IzDanish tersenyum. Kalau bukan kerna pertolongan bapa saudaranya pasti Syua tidak akan mahu bertemu dengannya.

            “ Assalamualaikum.” Sapa Syua lalu mengambil tempat di hadapan IzDanish.

            “ Waalaikummussalam.” jawab IzDanish. Tangan diangkat memanggil pelayan.

            “ You nak minum apa?”

            “ Bagi saya orange juice, ye.” jawab Syua lembut kepada pelayan itu. Dia langsung tidak menoleh ke arah IzDanish.

            “ Okey, bagi orange juice satu, cappuccino satu. You nak makan apa-apa tak?” IzDanish masih cuba menarik perhatian walaupun Syua buat endah tidak endah. Dia masih tersenyum kerana Syua tidak membuat dirinya seperti tunggul di hadapan pelayan itu.

            “ Takpelah. Saya tak lapar.” Balas Syua pendek. Pelayan itu berlalu meninggalkan mereka.

Suasana sunyi seketika.

            Syua sibuk meneliti keadaan sekeliling. Dia amat tertarik dengan suasana restoran itu. Pandai IzDanish pilih. Cantik.

            IzDanish pula masih mendiamkan diri. Dia begitu asyik melihat gelagat Syua.

            Apesal pulak mamat ni asyik tengok aku je ni. Eee… rimasnya aku! Hati Syua membebel dalam keresahan. Sejak dari tadi IzDanish asyik merenungnya. Dia menoleh ke arah IzDanish dan cuba bertentangan mata dengannya. Tapi dia kalah. Dia tidak mampu melawan pandangan anak mata IzDanish yang begitu menikam jiwa.

            Alahai Cik Syua… tadi nampak macam kuat nak lawan mata dengan saya, Cepatnya mengaku kalah. Dah tergoda ke..desis hati IzDanish. Dia tersenyum manis.

Seketika air yang dipesan sudah sampai. Mereka menghilangkan haus masing-masing.

            “ Kenapa nak bincang kat luar? Kat pejabat kan boleh.” Syua bertanya dengan muka tak bersalah. Air di hadapan disisip perlahan.

            “ Why? Tak boleh?” IzDanish menjongketkan keningnya
.
Bukan tak boleh. Tapi malas nak layan perangai awak ni. Jawab Syua di dalam hati. Dia hanya diam.

            “ Kat pejabat banyak gangguan. Sekejap-sekejap ada orang ketuk la ape lah. I don’t like it. Serabut! Lagipun kat luar ni ada pemandangan yang menarik. Tenang sikit mata memandang. Betul tak? ” IzDanish mengenyit matanya.

            Syua tersentak. Dia ni memang suka buat jantung aku berdebar la..desis Syua dalam hati. Dalam masa yang sama dia mengiakan apa yang dicakap oleh IzDanish. Kepala diangguk perlahan.

            “ Shall we start?” Syua membuka failnya.

            “ Yup! Why not? Tapi sebelum tu, you look gorgeous today.” balas IzDanish.

Syua membulatkan matanya. Dia tersentak dengan pujian IzDanish. Apapun dia mengucap juga terima kasih. Syua menggelengkan kepalanya. Entah apa yang gorgeous. Rasanya setiap hari penampilan dia sama aje. Hanya berbaju kurung kalau tidak ke sites dan mengenakan tudung pelbagai jenis dan gaya.

IzDanish hanya tersenyum. Mereka mula menumpukan perhatian terhadap kerja.

Selepas hampir satu jam berbincang, mereka berhenti.

            “ So lepas ni projek dah boleh mula.” IzDanish memandang Syua.

       “ Insyaallah, encik. Kalau tak ada aral melintang, projek ini dapat berjalan dengan baik.” Syua tersenyum.Dia senang dengan sikap IzDanish sewaktu bekerja. Sangat profesional.

            “ Kalau begitu saya gerak dulu ye encik. Takut nanti lambat pulak sampai pejabat.” Syua bangun dari tempat duduknya.

            " Syua, wait!."

Syua memandang IzDanish. Dia menaikkan kening.

            “ Erm, ..you free tak jumaat minggu depan?” IzDanish turut berdiri.

            “ Why?”

            “ I ingat nak bawa you pergi satu majlis. Jadi partner I. Boleh?”

          “ Hah?! Kenapa saya pulak?” Syua mengerutkan keningnya. Dah tak ada perempuan lain ke kat dunia ni. Apesal pulak aku yang diajaknya..desis hati Syua.

            “ Sebab awak dah melekat kat hati saya ni. Kat mana-mana saya ingat awak je. Sebab tu saya nak bawak awak. Saya tak nak orang lain.” IzDanish menjawab perlahan. 

            “ Erk..” Syua terkedu. Dia mati kata. Matanya masih memandang wajah IzDanish. Biar betul dia ni..

              " How?" tanya IzDanish apabila gadis itu diam.

             " Err...erm..." Syua tergagap-gagap. Tidak tahu apa yang difikirkan sekarag.

            “ It's okay, I will call you later and ask for the answer. Ok? I need to go now. Bye!” IzDanish berlalu meninggalkan Syua yang masih terkebil-kebil. Sempat tangannya membuat isyarat telefon sambil mengenyitkan mata.

             Syua hanya memandang.



No comments:

Post a Comment