CERPEN - AKU JATUH CINTA ?
Ciri-ciri Lelaki Idaman Aisya!
Jaga solat.
Kacak.
Kaya.
Bekerjaya.
Romantik.
Tak panas baran.
Penyayang.
Pandai berkebun.
Aisya menutup buku kesayangannya. Setiap hari dia pasti akan membuka buku itu dan membacanya sebelum berangkat ke kerja. Cita-citanya ialah untuk mempunyai lelaki idaman yang diinginkan. Memang susah hendak bertemu dengan lelaki sebegini pada masa kini. Nak-nak lelaki yang pandai berkebun. Hampeh! Siapa yang sanggup berjemur tengah panas. Kebanyakannya berpakaian kot dan duduk di atas kerusi empuk serta berecon.
Hari ini dia hanya mengenakan jeans dan kemeja. Rambut panjangnya diikat tinggi persis ekor kuda. Apabila berpuas hati dengan penampilannya, dia bergerak ke tempat kerja. Sejak bekerja di Kuala Lumpur, dia senang menggunakan skuternya kerana tidak perlu bersesak dengan jem. Lagi-lagi kerja di kedai bunga, memang memudahkannya.
" Hai, Lily. Awal you sampai hari ni?" tegur Aisya. Lily merupakan rakan sekerjanya yang berbangsa cina. Mereka berkawan baik apabila diambil bekerja pada hari yang sama.
" Hai, Aisya. Haiya, ini hari kan kita kena hantar bunga dekat rumah Datin Sofi itu. Saya tengah periksa bunga-bunga yang di order. Sudah lupa ka?" tanya Lily.
" Ya lah Lily. Saya tahu. Awak dah habis cek semuanya? "
" Sudah."
" Pukul berapa kita kena hantar bunga ni?"
" Boss kata kalau dah siap semua boleh la hantar lepas ni." Lily mengemas segala perkakas apabila sudah siap disemak.
" Kalau begitu jomlah kita gerak sekarang. Boleh siap awal sikit." Aisya bergerak ke kaunter untuk memastikan semuanya teratur.
" Ok. Nanti saya bagi tahu sama boss dulu." Lily berlalu menuju ke bilik majikan mereka.
Aisya memeriksa sekali lagi senarai buga yang diperlukan. Setelah berpuas hati, dia menunggu Lily di luar kedai. Mereka akan menghantar bunga-bunga tersebut dengan menaiki van sebab jumlah bunga yang terlalu banyak. Datin Sofi merupakan pelanggan tetap kedai mereka. Jika ada majlis atau apa-apa event, pasti mereka akan berikan layanan yang terbaik. Kali ini, Datin Sofi mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan dan mereka diminta untuk menghantar bunga itu sebagai perhiasan majlis tersebut.
" Aisya! Jom. Bos kata lepas hantar nanti terus pergi lunch. Balik kedai nanti ada kerja yang perlu kita buat."
" Ok. Jom."
**********
Apabila sampai dirumah Dati Sofi, mereka memulakan kerja masing-masing. Sempat Aisya memerhati rumah Datin Sofi. Sungguh besar dan mewah. Orang kaya kan. Orang sepertinya hanya mampu melihat. Nak membeli barang biasa yang mahal pun tak mampu.
" Aisya!"
Aisya segera berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Dia melihat Datin Sofi memerhatinya sambil tersenyum manis.
" Datin." Aisya menghulur tangannya untuk bersalam. Sudah menjadi rutin hariannya apabila bertemu dengan orang yang lebih tua daripadanya. Sebagai tanda hormat.
Datin Sofi tersenyum dengan tingkah laku Aisya. Sungguh menyenangkan hati tuanya. Sejak bertemu di kedai bunga, dia memang berkenan dengan sikap Aisya.
" Aisya tengok apa?" Datin Sofi memandang raut wajah Aisya yang manis itu.
" Tak ada apa datin, Aisya tengok rumah ni. Cantik." jawab Aisya sopan.
" Terima kasih." balas Dati Sofi.
" Datin tinggal dengan suami datin je ke kat umah ni?"
" Panggil auntie je Aisya. Auntie tinggal dengan suami auntie je. Anak-anak semua duduk rumah sendiri." Datin Sofi tersenyum. Selesa dengan bicara ramah Aisya. Dapat juga dia teman berbual.
" Ouh, tak sunyi ke auntie duduk dua orang je rumah besar macam ni?" Aisya masih ringan mulut bertanya.
" Sunyi tu sunyi. Tapi nak buat macam mana kan. Semua nak buat hal masing-masing. Tapi anak auntie yang bongsu cakap kalau dia kahwin nanti dia akan tinggal kat sini."
" Baguslah macam tu. Nanti tak ada lah auntie sunyi sangat." Aisya tersenyum.
" Betul tu. Tapi nak tunggu dia kahwin tu yang lambat. Kuat sangat bekerja." Datin Sofi mengeluh perlahan.
" Perempuan?"
Datin Sofi menggeleng kepalanya. " Lelaki." Dia simpul senyum. Kalau Aisya jadi menantu dia kan best..
" Jom, auntie nak kenalkan Aisya dengan dia. Dia baru sampai tadi. Auntie mintak tolong dia hantar auntie beli barang tadi."
" Err..tak apalah auntie. Lain kali. Saya ada kerja nak buat kat kedai. Bunga-bunga auntie kami dah letak kat tempatnya." Aisya tersenyum manis. Sebenarnya dia segan nak berjumpa dengan anak auntie tu. Dia pun tak tahu kenapa. Hati kata no!
" Erm, kalau begitu Aisya datang ye kat majlis auntie malam ni. Auntie buat makan-makan. Kalau Aisya datang mesti auntie seronok sangat."
" Insyaallah, auntie. Tapi saya tak janji. Kalau boleh datang nanti saya datang."
" Yelah." Datin Sofi tersenyum manis. Mindanya sudah merancang beberapa perkara.
" Saya gerak dulu. Assalamualaikum."
" Waalaikummussalam."
**********
" Aryan." Datin Sofi menegur anak lelaki yang termenung.
" Eh, mama. Kenapa?" Aryan berpaling ke arah mamanya. Senyuman nipis terukir dibibir.
" Mama yang patut tanya Aryan. Kenapa mama tengok Aryan ni macam letih je. Tak cukup tidur? kerja banyak ke kat pejabat?"
" Tak adalah ma. Kerja biasa je. Aryan tidur lambat dua tiga hari ni. Tu yang mengantuk. Letih." Aryan meluruskan pinggangnya.
" Kenapa tidur lambat?" Datin Sofi mengrut keningnya. Kata kerja tak banyak. Apa yang dibuat sampat tidur lewat malam.
" Entahlah ma. Sejak kebelakangan ni Aryan selalu dapat mimpi yang sama. Setiap malam mesti terjaga. Lepas tu, tak boleh tidur." Aryan mengeluh perlahan. Mimpi yang hadir setiap malam menunjukkan gadis yang sama. Tapi dia tidak tahu siapa gadis itu. Tiba-tiba saja datang kedalam mimpinya.
" Aryan mesti tak baca doa tidur ni. Dah. Malam ni basuh kaki betul-betul sebelum tidur. Baca doa dan selawat banyak-banyak. Insyaallah, tak ada apa-apa." Datin Sofi mengusap bahu Aryan.
" Baik, ma. Erm, persiapan malam ni macam mana? Dah siap semua ke?" tanya Aryan. Matany amemandang perhiasan bunga disekelilingnya. Cantik gubahannya. Bunganya pun segar. Mama ni memang suka bunga betullah...desis hatinya.
" Dah. Semua dah siap. Cuma tunggu tetamu datang lepas maghrib nanti." Datin Sofi tersenyum puas hati.
" Cantiklah gubahan bunga ni ma. Mama tempah?" tanya Aryan.
" Ha'ah. Orang yang gubah bunga ni pun cantik. Eh, cakap pasal Aisya. Boleh tak malam ni Aryan teman mama pergi ambil Aisya."
" Aisya? Sape?"
" Orang yang gubah bunga ni lah. Mama jemput dia tadi. Mama nak sangat dia datang. Nanti mama telefon dia."
" Boleh je. Tapi kenapa dia tak datang sendiri je?" Aryan mengerutkan keningnya.
" Bahaya dia datang sorang malam-malam. Naik motor pulak tu."
Aryan mengangguk kepalanya. " Ok. Pukul brapa?"
" Lepas Maghrib." Datin Sofi tersenyum senang hati.
**********
Selepas solat maghrib, Aisya melepaskan penat seharian bekerja. Dia baring di atas katil sementara menunggu azan isyak berkumandang. Telefon yang berbunyi menyedarkan Aisya yang hampir melelapkan matanya.
'Siapa yang call malam-malam ni.' desis hati Aisya. Namun panggilan itu dijawab jua.
" Assalamualaikum."
" Waalaikummussalam, Aisya. Ni auntie Sofi."
" Eh, auntie. Kenapa call saya ni? Ada masalah dengan bunga yang saya hantar tadi ke?" Aisya bangkit dari pembaringan.
" Taklah Aisya. Auntie call ni sebab nak tanya, Aisya datang tak rumah auntie malam ni?"
" Erm, Aisya mintak maaf auntie. Aisya tak pergi kot."
" Ala Aisya. Auntie nak Aisya datang. Macam ni lah. Aisya siap-siap sekarang nanti auntie pergi jemput Aisya. Boleh?"
" Err..tak menyusahkan auntie ke. Tak apa auntie. Saya tak pergi pun ada ramai lagi orang kat sana kan?" Aisya memujuk lembut. Dia tak mahu menyusahkan Datin Sofi datang menjemputnya.
" Tak menyusahkan pun. Nanti auntie pergi ambil Aisya. Aisya siap-siap tau. Dalam 15 minit lagi auntie sampai." balas Datin Sofi gembira.
" Oklah. Tapi auntie tahu ke rumah Aisya kat mana?" tanya Aisya.
" Tahu. Tadi auntie dah tanya boss Aisya."
" Baiklah auntie. Aisya tunggu."
" Ok. Terima kasih sayang. Assalamualaikum."
" Waalaikummussalam." Aisya mengeluh perlahan. Dia tak sanggup nak tolak ajakan Datin Sofi. Datin Sofi melayan dia dengan baik sekali.
Dia bangun dari duduk dan terus bersiap-siap. Tidak mahu nanti Datin Sofi menunggunya pulak. Gaun sewaktu dinner di universiti dulu dicapai. Masih kelihatan cantik dengannya. ' Pakai yang ni je lah.'
Dia bersiap ala kadar. Hanya mengenakan bedak nipis, alas bibir dan sedikit pemerah pipi. Rambutnya dilepaskan dan disisir ke sebelah kanan.
Seketika kedengaran bunyi hon di luar rumah. Dia segera keluar dan mengunci pintu. Kelihatan Datin Sofi menunggunya di luar kereta.
" Assalamualaikum auntie." Aisya memberi salam.
" Waalaikummusssalam. Cantiknya Aisya." Datin Sofi tersenyum. Aisya kelihatan sungguh berbeza malam ini. Sangat cantik.
" Tak adalah auntie. Biasa je." Aisya tersimpul malu.
" Jom Aisya. Nanti majlis auntie dah nak mula."
Aisya mengambil tempat di belakang apabila Datin Sofi masuk di sebelah pemandu. Dia melihat si pemandu kereta. Mesti suami Datin Sofi. Tapi kenapa macam muda sangat. Takkan ini suami Datin Sofi. Dia belum pernah berjumpa sebelum ini.
" Aisya, ni anak bongsu auntie. Aryan Shakri. Aryan, ni Aisya. Orang yang buat gubahan bunga kat rumah kita tu." Datin Sofi memperkenalkan mereka berdua. Seperti tahu apa yang difikirkan oleh Aisya.
Aryan hanya menganggukkan kepalanya. Mata mengerling cermin di hadapan. Matanya bertemu dengan si gadis tersebut. Zappp....seperti panahan kilat dia segera melarikan pandangan ke hadapan. Hatinya berdebar kuat. Mata itu! Mata yang sama dengan gadis di dalam mimpinya. Mata bundar yang bercahaya dan mempunyai pandangan yang sangat menggoda. Dia membetulkan duduknya.
Aisya hanya membiarkan pandangan Aryan dari cermin hadapan kereta itu. Duduknya tidak selesa apabila menyedarinya. Tapi dia masih beriak tenang dan tidak tahu apa-apa.
*****
Aisya mengambil tempat di penjuru kolam apabila Datin Sofi melayan rakan-rakannya yang hadir. Apabila sampai tadi, Datin Sofi tidak habis-habis mengenalkan dan memujinya di hadapan tetamu yang hadir. Naik segan di buatnya. Dia menghabiskan sisipan air yang terakhir sebelum meminta diri untuk pulang. Dia hanya datang untuk memenuhi kehendak Dain Sofi agar wanita itu tidak berkecil hati.
" Hai." Teguran di belakang memaksa Aisya berpusing. Dilihatnya Aryan sedang bersandar di pintu dan memerhatikannya.
" Hai." Aisya hanya menjawab perlahan.
" Buat apa kat sini? Kenapa tak join mama I berborak?" Aryan melangkah ke hadapan dan berdiri di hadapan Aisya.
" Tak ada buat apa. Saya dah penat berborak tadi. Tak nak kacau diorang." Aisya menjawab tenang. Walhah dalam hati sudah berdebar sakan.
Dua-dua diam. Tidak tahu apa yang hendak diborakkan.
" Cantiklah kebun kat sebelah ni. Siapa punya? " Aisya memecah kesunyian. Dia bertanya apabila melihat kebun yang seluas padang tennis di sebelah rumah Datin Sofi.
Aryan tersenyum. " Saya punya. Cantikkan." Dia gembira apabila ada orang yang memuji kebunnya. Itu adalah aktivitinya sewaktu cuti. Dia memang suka berkebun.
" Betul awak punya?" Aisya tidak percaya. Masakan lelaki seperti Aryan ni pandai berkebun.
" Betullah. Kenapa? Tak percaya? Awak boleh tanya mama saya." Aryan memandang Aisya. Dia tersenyum manis.
Syua hanya ketawa. Tidak sangka dia akan bertemu dengan seorang lelaki yang suka berkebun.
" Kenapa?" Aryan bertanya. Pelik apabila melihay Aisya ketawa.
" Tak ada apa. Tak sangka saya dapat jumpa lelaki yang suka berkebun." Aisya senyum.
" Awak suka lelaki yang berkebun ke?"
Aisya menganggukkan kepala. Spontan. Dia masih memandang kawasan kebun itu. Walaupun malam, kebun itu masih boleh dilihat kerana lampu yang dipasang. Cantik!
Aryan pula senang hati. Tidak sangka Aisya suka lelaki berkebun. Mereka kembali senyap apabila leka dengan perasaan masing-masing.
" Macam mana you kenal mama I? " Aryan memecah kebisuan antara mereka. Matanya memandang wajah Aisya. Kelihatan sungguh cantik dengan sinaran bulan yang memancar.
" Kat kedai bunga. Masa tu saya baru je kerja kat sana. Mula-mula jumpa berbual kosong, bila dah tahu minat kami sama terus jadi rapat."
" Minat yang sama? Bunga?"
" Yup." Aisya mengangguk kepalanya. Senyuman terukir dibibir. Mindanya terimbas kembali peristiwa bertemu Datin Sofi. Manakala Aryan sudah sesak dada melihat senyuman di bibir Aisya. Sungguh mempersona. Matanya tidak lepas memandang wajah cantik di hadapan.
Aku dah jatuh cinta ke? desis hati Aryan.
Aisya memandang Aryan apabila lelaki itu senyap. Matanya bertemu dengan mata Aryan. Seperti magnet, dia terus melekat dengan pandangan indah itu.
Zapp...hatinya seperti dipanah. Aisya segera berpaling ke arah lain. Ada sesuatu yang terbit di hati. Dia menghela nafas perlahan.
Aryan masih memerhati gelagat Aisya. Sedikit pun dia tidak melarikan pandangan matanya.
" Awak dah ada kekasih?" Aryan bertanya terus terang.
Aisya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mampu berkata apa-apa.
" Awak nak tak jadi partner saya? I mean..you and me...try nak?" Aryan bertanya berhati-hati.
" Hah?!" Aisya membulatkan matanya. Terkejut dengan pertanyaan Aryan.
" Ya. Saya rasa saya dah jatuh cinta dengan awak. Pandangan pertama. Tapi saya tak nak terburu-buru. Kita mula kenal hati budi masing-masing. Boleh?" Aryan memandang redup wajah Aisya.
" Errrr...erm.." Aisya memandang Aryan. Pandangan yang diberikan sungguh ikhlas.
Tak salah kot kalau aku cuba..desis hatinya. Aisya mengangguk kepalanya tanda setuju. Lagipun dia memang sudah tergoda dengan pandangan Aryan.
" Ok. Tapi dengan syarat. Tak boleh pegang-pegang atau apa-apa." Aisya menjeling wajah Aryan. Dia berharap agar perhubungan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Pertemuan yang singkat ini akan menjadi kenangan buatnya. Terima kasih Datin Sofi kerana menjemputnya malam ini.
Aryan ketawa senang hati. Dia tidak kisah dengan syarat Aisya. Lagipun dia tahu benda itu salah disisi agama. Doa mendoakan agar perhubungan mereka sampai hingga ke jinjang pelamin. Tentang mimipinya dia akan memberitahu Aisya apabila gadis itu sudah sah menjadi isterinya.
Di hujung sana, Datin Sofi memandang Aryan dan Aisya yang sedang berbual. Dia berdoa agar mereka berdua dapat disatukan. Jika tiada jodoh, dia pasrah. Mungkin ada yang lain menanti. Dia tersenyum bahagia.
TAMAT!
P/s : macam tak kena je dengan tajuk. Hahaha..sengal~
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nak sambungan lagi.... Buatlah sambungan macam best je cite ni
ReplyDeleteMcm best jer .. Bt byk2 smbungn k 😊
ReplyDeletebuat lah sambungannya yg terbaik bagi peminat pembaca..
ReplyDeleteAlololo comelnya,nak lelaki jaga solat.tapi rambut sendiri masih terdedah
ReplyDeleteOhmygod
ReplyDeleteNice.....
ReplyDeleteBest i like
ReplyDeleteSambunggg...syokk😍😍😍
ReplyDeletesyokk sgt la... tak puas baca la... pls... sambung lg la...
ReplyDeleteContinue please...
ReplyDelete