Wednesday, March 5, 2014

HANYA KAU KUCINTA BAB 3


     Syua memandang IzDanish yang berdiri persis seorang model dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluar dan bersandar di hadapan pintu pejabatnya. Senyuman tidak lekang dari bibir. Sekali tengok memang tergoda! Syua membuang pandangan ke arah lain.

     " Encik buat apa kat sini? Kita ada temu janji ke hari ini?" Syua membetulkan fail yang bertimbun di tangan.

     " Yup! Kita ada temu janji. Tapi bukan pasal kerja." IzDanish berdiri tegak. Tangan di hulur ke arah Syua.

     " Apa?" Syua mengerutkan keningnya. Pelik IzDanish menghulurkan tangan secara tiba-tiba.

     " Bak sini fail tu. I tolong bawak. Nampak macam berat je."

     " Oh. Terima kasih. Memang berat pun." Syua menghulurkan fail di tangannya. Orang dah nak tolong, bagi je. Dari tempat letak kereta lagi dia membawa fail-fail itu. Lenguh di tangan kian terasa. Semalam dia membawa balik kerja-kerja pejabat untuk di semak.

     " You're welcome." IzDanish melangkah masuk ke ruang pejabat Syua.

     " So, encik. Ada apa nak jumpa saya?" Syua bertanya apabila IzDanish duduk di hadapannya.

      " Kenapa you tak angkat call I?" IzDanish memandang Syua.

      " Encik ada call saya ke? Bila?" Syua menaikkan keningnya.

      " Semalam. You memang sengaja tak nak jawab call I ke?" Muka dah berkerut seribu.

      " Takde lah. Saya memang tak tahu itu encik. Selalu call pakai phone pejabat. Mana saya save nombor encik." Syua mencebik.

     " Habis tu kenapa tak jawab je?"

     " Saya memang tak layan nombor yang tak saya kenal."

     " Tapi sekurang-kurangnya jawab lah. I call you lima kali tau. Bukan sekali dua." IzDanish membawa badannya ke hadapan.

     " Kan saya dah cakap saya tak layan...." belum sempat Syua menghabiskan ayat, IzDanish memotong percakapannya.

     " Kalau panggilan tu penting macam mana? Mana tahu panggilan dari Tan Sri Hamdan ke..dari tempat pembinaan projek ke..ataupun kawan you tu dalam bahaya lepas tu guna fon orang lain untuk call takkan you tak nak jawab. At least jawablah..sekali pun takpe." IzDanish bercakap seperti nenek memberi nasihat kepada cucunya.

Syua hanya menggelengkan kepalanya. Entah apa lah yang terjadi kepada lelaki di hadapannya ini. Tersilap makan ubat ke apa. Bercakap seperti mak nenek. Yang dia risau pasal aku jawab ke tak kenapa pulak..ish, tak faham betul aku...bisik hati Syua. Dia menyilang kedua-dua tangannya di dada.

     " Dah habis cakap? " Syua menegur apabila IzDanish diam dan memandangnya.

    " Dah." IzDanish menganggukkan kepalanya. Jujur.

    " Apa sebenarnya tujuan encik jumpa saya  ni ?" Syua bertanya selamba. Dia bersandar di kerusinya.

     IzDanish membulatkan matanya. Bukan main panjang aku bagi nasihat, boleh dia selamba je buat tak dengar..buat malu aku je..desis hati IzDanish. Dia berdeham dan menggosok belakang tengkuk. Menghilangkan rasa malu.

     "  I datang nak tanya you pasal pelawaan I hari tu. Remember about it?"

     " Pasal majlis untuk jadi partner you tu ke?"

    " Yup. So?" IzDanish memandang wajah Syua.

    " Kenapa saya? Takkan encik takde girlfriend. Ajaklah girlfriend encik." Syua menghela nafas perlahan.

    " Girlfriend I memang ramai. Tapi bukan I suka diorang pun." IzDanish mencebik bibirnya.

    " Habis tu encik suka saya?" Syua menutup mulutnya. Apesal aku pergi tanya macam tu..aish..Syua mengalihkan pandangan matanya dari melawan pandangan mata IzDanish.

IzDanish ketawa mendengar soalan Syua. Tak sangka Syua akan bertanya seperti itu. Muka Syua yang merah itu sangat comel di matanya.

    " I memang sukakan you." IzDanish mengenyitkan mata.


*****

     Syua merebahkan badannya di atas katil. Dia memandang kipas yang berpusing. Mindanya masih memikirkan perlawaan IzDanish di pejabat. Entah mengapa dia bersetuju dengan pelawaan itu. Berlawan kata dengan lelaki bernama Izdanish memang tidak akan menang. Ada sahaja bicara yang mencuit naluri wanitanya.

Dia mengaku bahawa dirinya terbuai dengan kata-kata manis IzDanish. Namun, hati cepat menyedarkannya yang dia hanya insan biasa yang punya kekurangan. Dia amat bersyukur apabila dikurniakan wajah yang cantik tapi itu hanyalah di luar. Peristiwa lalu meninggalkan sesuatu yang tidak mampu untuk dia hapuskan dalam kehidupan sehariannyanya.

Syua mengeluh. Hatinya lemah. Dia takut jika IzDanish melayannya begini pasti dia akan terperangkap dalam ikatan sebuah cinta. Itu yang cuba dielakkan selama ini.


*****

     IzDanish berdiri di balkoni biliknya sambil mengambil udara malam. Dia melihat bulan yang bersinar terang. Fikirannya melayang memikirkan kejadian di pejabat Syua. Senyuman terukir di bibir. Gelagat Syua sangat mencuit hatinya. Dalam tenang ada kalutnya. Dia ketawa perlahan.

     " I memang sukakan you."

     " Hah?!" Syua membulatkan matanya.

     " Ya, Syua. I mengaku I sukakan you mula-mula kita berjumpa di pejabat uncle I." IzDanish tersenyum manis. Syua masih terkebil-kebil memandangnya.

     " Kenapa?"

     " I don't know..it just came to me like that. All I know is everytime I think of you, jantung I berdegup kuat." IzDanish menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya. Matanya lunak memandang Syua.

     " Erm..encik. Saya ada kerja nak buat. Boleh tak kita bercakap lain kali?" Syua mula gelabah. Dia membuka fail dan berpura-pura membeleknya. IzDanish ketawa perlahan.

    " Perlawaan I tu macam mana? " IzDanish masih tidak berputus asa.

    Syua mengeluh. Lelaki ni memang tak tahu ke buat-buat tak tahu. Tak nampak ke aku dah elak banyak kali. Tu maknanya aku tak nak pergi...bisik hati Syua.

    " Baiklah encik. Saya setuju. Tapi kali ni je." Syua menaikkan jari telunjuknya. Dia mengalah. Malas mahu bertekak dengan IzDanish. Sumpah lepas ni dia dah tak nak jumpa lelaki di hadapannya.

    IzDanish tersenyum senang. " Thank you. You know Syua, if I could give you one thing in my life, I would like for you to be able to see yourself through my eyes, and you will realizes how special you are to me...got to go. See you later." IzDanish bangun dan berjalan ke arah pintu. Sempat dia melambaikan tangannya dari arah belakang.

Syua terkaku di tempat duduknya.


No comments:

Post a Comment